Sultan Mu'adzam Shah

Sultan Mu'adzam Shah
Paduka Sri Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Kedah ke II
Sultan Kedah ke-2
Pemerintahan21 Julai 1179 - 3 Mei 1202
Didahului olehSultan Muzaffar Shah I
Diikuti olehSultan Muhammad Shah
KeputeraanTunku Mu'adzam Shah Ibni Tunku Muzaffar Shah I
31 Januari 1158
Hulu Kedah, Kedah
Kemangkatan3 Mei 1202
Kota Bukit Mariam
Pemakaman4 Mei 1202
Makam Diraja Kota Bukit Meriam
AnakandaSultan Muhammad Shah
Tengku Mahiran
Tengku Putri
Nama selepas mangkat
Marhum
KerabatKedah
Ayahanda Sultan Muzaffar Shah I
AgamaIslam Sunni

Sultan Mu'adzam Shah Ibni Sultan Muzaffar Shah I (mangkat 1202) ialah Sultan Kedah kedua (21 julai 1179 hingga 3 Mei 1202).

Baginda merupakan putera kepada Sultan Muzaffar Shah I. Pada 20 Julai 1179, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Meriam. Baginda menyerahkan Kota Palas, Wang Tepus kepada Dato’ Lela Pahlawan dan Panglima Jaya untuk menjagakannya. Pada 1 Oktober 1180, baginda telah membangunkan sebuah kota yang lengkap dengan istana dan balai penghadapan dan diberi nama Kota Sungai Emas. Pada 8 Syaaban 598 Hijrah bersamaan 3 Mei 1202 Masihi, hari Jumaat, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Bukit Meriam.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne