Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat | |
---|---|
Sultan | |
Pemerintahan | Kesultanan Maguindanao: 1619-1671 |
Pendahulu | Buisan |
Pengganti | Dundang Tidulay |
Ayahanda | Datu Buisan |
Bonda | Imbang |
Sultan Muhammad Dipatuan Kudarat (juga dieja Qudarat), (1580? - 1671) adalah sultan Kesultanan Maguindanao. Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menangkis percubaan Sepanyol untuk menakluki kerajaannya dan menghalang proses pengkristianan rakyatnya di Mindanao. Beliau adalah sultan yang ke-7 dan juga keturunan Shariff Mohammed Kabungsuwan [1], seorang mubaligh yang mengembangkan ajaran Islam di Mindanao pada abad ke-14. Beliau dilahirkan pada 1580 di tempat yang kini dikenali sebagai Lanao del Sur di Filipina.