Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah | |
---|---|
Yussuf Sultan Perak ke XX VII | |
Sultan Perak
| |
Pemerintahan | 11 Mei 1886 - 26 Julai 1887 |
Pendahulu | Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah |
Pengganti | Sultan Idris Murshidul Azzam Shah |
Raja Muda | Raja Idris Shah ibni Raja Bendahara Alang Iskandar]] |
Pasangan | Toh Puan Besar Raja Fatimah binti Toh Besar Indira Bongsu |
Anakanda | |
Raja Mansur Raja Muhammad Azzam Raja Pendawa Raja Djhohharr (Raja Kecil Tengah Perak) Raja Nultih Aishah (Raja Perempuan Perak) | |
Nama penuh | |
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I | |
Tempat persemayaman | - |
Ayahanda | Sultan Abdullah Muhammad Shah I ibni Raja Kechil Bongsu Abdul Rahman |
Bonda | Raja Ngah Aminah binti Raja Alang Radin |
Keputeraan | - - |
Kemangkatan | 26 Julai 1887 Sayong, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British, Empayar British |
Dimakamkan | - Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British |
Agama | Islam |
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I telah dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-27 bagi menggantikan Sultan Abdullah Muhammad Shah II dari tahun 1874 ke 1877.
Baginda adalah putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Sultan Perak ke-22).
Semasa Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah mangkat pada tahun 1865, dan juga semasa Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah mangkat, baginda telah tidak dipilih menjadi Raja Bendahara walaupun baginda layak dan berhak.
Ini disebabkan ramai Raja-raja dan orang besar-besar Perak tidak sukakan baginda.
Apabila Raja Muda Raja Abdullah dipilih menjadi Sultan Perak yang ke-26, baginda telah diangkat menjadi Raja Muda supaya dapat menguatkan kedudukannya, dan pada masa itu baginda bersemayam di Senggang.