Sultan Sir Abdul Samad Shah | |
---|---|
![]() | |
Sultan Selangor IV | |
Pemerintahan | 6 Januari 1857 - 6 Februari 1898 |
Pendahulu | Sultan Muhammad Shah |
Pengganti | Sultan Alaeddin Sulaiman Shah |
Raja Muda | Raja Muda Selangor Raja Haji Musa |
Anakanda | |
Raja Muda Raja Haji Musa ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad | |
Nama penuh | |
Sultan Sir Abdul Samad Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Raja Abdullah | |
Ayahanda | Raja Bendahara Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim |
Bonda | Che Lipah |
Keputeraan | 1804 Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor |
Kemangkatan | 6 Februari 1898 (berumur 93–94) Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor |
Dimakamkan | Bukit Jugra |
Agama | Islam |
Almarhum Sultan Sir Abdul Samad Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.
Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah.[1] Baginda dilahirkan pada tahun 1804. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan, bersama ahli-ahli keluarga diraja yang lain, di Bukit Jugra.[3][4] Semasa pemerintahan baginda, berlakunya perang saudara di Selangor, penubuhan Kuala Lumpur,[5][6] pengenalan bendera dan lambang Selangor [7][8] dan permulaan penglibatan British dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.