Sultan Badlishah | |
---|---|
Paduka Seri Sultan dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Kedah Darul Aman | |
![]() Sultan Badlishah | |
Sultan Kedah dan Seluruh Jajahan Takluknya | |
Pemerintahan | 13 Mei 1943 - 13 Julai 1958 |
Didahului oleh | Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Raja Muda | Tunku Abdul Halim |
Menteri Besar (sejak 1948) | Lihat senarai
|
Raja Muda Kedah | |
Pemerintahan | 1935-1943 |
Didahului oleh | Tunku Muhammad |
Diikuti oleh | Tunku Abdul Halim |
Keputeraan | 17 Mac 1894 Alor Setar, Kedah |
Kemangkatan | 13 Julai 1958 (umur 64) Hospital Besar, Alor Setar, Kedah |
Pemakaman | Makam Diraja Langgar, Kedah |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah |
Bonda | Tunku Nai Sofiah binti Tunku Nai Haji Hassan |
Agama | Islam |
Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Sultan Kedah ke-27 dari 13 Mei 1943 hinggalah ketibaan tentera Jepun pada bulan Ogos dalam tahun tersebut, dan kembali ke takhta pada 5 September 1945 dengan penyerahan kalah Jepun pada 2 September 1945.
Sultan Badlishah ialah putera Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah ke-26 dan bonda baginda Tunku Nai Sofiah binti Tunku Nai Haji Hassan.
Baginda semasa kecil belajar di Sekolah Jalan Baharu, Alor Setar selepas itu pada tahun 1912 baginda belajar di King's College, Bangkok. Pada tahun 1916 hingga 1921 baginda belajar di Kolej Wadham, Universiti Oxford.[1]