Sultan Hisamuddin Alam Shah

Hisamuddin Alam Shah
Sultan Selangor ke 06
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu ke-2
Pemerintahan14 April 1960 – 1 September 1960
Didahului olehTuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Diikuti olehTuanku Syed Putra Jamalullail ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Sultan Selangor Darul Ehsan
Pemerintahan14 September 1945 – 1 September 1960
Didahului olehSultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Diikuti olehSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah
Pemangku rajaTengku Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah
Raja Muda Negeri Selangor
Raja Bendahara Negeri Selangor
Keputeraan(1898-05-13)13 Mei 1898
Istana Bandar Temasha, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
Istana Tetamu, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu
Pemakaman3 September 1960
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
PasanganTengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad (k. 1920; m. 1960)
AnakandaTengku Abdul Aziz Shah
Tengku Azman Shah
Tengku Badli Shah II
Tengku Raudzah
Tengku Ampuan Bariah
Tengku Ismail Shah
Tengku Taksiah
Nama penuh
Sultan Hisamuddin Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah
AyahandaSultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Raja Haji Musa I
BondaCik Puan Hasnah binti Pilong
AgamaIslam Sunni
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "residence"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "size"

14 April

Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Jawi: سلطان هشام الدين عالم شاه ابن سلطان علاء الدين سليمان شاه; 13 Mei 1898 – 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 14 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor kelima.

Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera ketiga kepada Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang kekanda.

Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaya, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihak British, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.

Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaya pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor.

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne