Sultan Mansur I

Sultan Mansur I
Sultan Terengganu
Pemerintahan1725–1794
Didahului olehSultan Zainal Abidin I
Diikuti olehSultan Zainal Abidin II
Keputeraan1710 (1710)
Kemangkatan14 Julai 1794(1794-07-14) (umur 83–84)
PemakamanMasjid Abidin, Kuala Terengganu
KerabatWangsa Bendahara
AyahandaSultan Zainal Abidin I
AgamaIslam

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Sultan Zainal Abidin Shah I (1138 H/1725 M atau 1723 M[1] – 14 Jamadilakhir 1208 H/14 Julai 1794 M[2]), dikenali sebagai Tun Dalam atau Marhum Janggut selepas kemangkatan baginda, ialah Sultan Terengganu kedua dan putera kepada Sultan Zainal Abidin I.

Dilahirkan pada 1710, baginda memerintah pada tahun 1733—1793. Baginda berkahwin dengan Tengku Bulang, puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Isteri baginda yang kedua ialah Nang Senik, puteri kepada Long Dil pembesar dari Pulau Melur, Kelantan. Baginda mangkat pada 17 Januari 1794 lalu digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II.[3] Tiga bulan sebelum baginda mangkat, baginda telah berangkat ke Kelantan bagi menyaksikan puteranya yang ke-6, Tengku Muhammad yang juga menantu Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Besar Kelantan. Putera baginda iaitu Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur Riayat Shah yang berkahwin dengan Engku Tuan Nawi binti Sultan Long Yunus II iaitu puteri baginda Sultan Kelantan,[4] menjadi Sultan Kelantan yang memerintah dari 1795 dehingga 1800.

  1. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 116.
  2. ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 139.
  3. ^ "Sejarah Ringkas Negeri Terengganu". Laman Web Rasmi-KDYMM Sultan Terengganu. abytech sdn. bhd. Dicapai pada 22 Julai 2010.
  4. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/treng4.htm

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne