Sultan Mu'adzam Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Paduka Sri Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Kedah ke II | |||||
Sultan Kedah ke-2 | |||||
Pemerintahan | 21 Julai 1179 - 3 Mei 1202 | ||||
Didahului oleh | Sultan Muzaffar Shah I | ||||
Diikuti oleh | Sultan Muhammad Shah | ||||
Keputeraan | Tunku Mu'adzam Shah Ibni Tunku Muzaffar Shah I 31 Januari 1158 Hulu Kedah, Kedah | ||||
Kemangkatan | 3 Mei 1202 Kota Bukit Mariam | ||||
Pemakaman | 4 Mei 1202 Makam Diraja Kota Bukit Meriam | ||||
Anakanda | Sultan Muhammad Shah Tengku Mahiran Tengku Putri | ||||
| |||||
Kerabat | Kedah | ||||
Ayahanda | Sultan Muzaffar Shah I | ||||
Agama | Islam Sunni |
Sultan Mu'adzam Shah Ibni Sultan Muzaffar Shah I (mangkat 1202) ialah Sultan Kedah kedua (21 julai 1179 hingga 3 Mei 1202).
Baginda merupakan putera kepada Sultan Muzaffar Shah I. Pada 20 Julai 1179, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Meriam. Baginda menyerahkan Kota Palas, Wang Tepus kepada Dato’ Lela Pahlawan dan Panglima Jaya untuk menjagakannya. Pada 1 Oktober 1180, baginda telah membangunkan sebuah kota yang lengkap dengan istana dan balai penghadapan dan diberi nama Kota Sungai Emas. Pada 8 Syaaban 598 Hijrah bersamaan 3 Mei 1202 Masihi, hari Jumaat, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Bukit Meriam.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |