Muhammad Shah | |
---|---|
Sultan Kedah | |
Pemerintahan | 10 Mei 1202 – 23 Oktober 1237 |
Didahului oleh | Mu'adzam Shah |
Diikuti oleh | Muzzil Shah |
Keputeraan | - - |
Kemangkatan | 23 Oktober 1237 Istana, Kota Bukit Mariam |
Pemakaman | Makam Diraja Kota Bukit Mariam |
Anakanda | |
Kerabat | Kedah |
Ayahanda | Mu'adzam Shah |
Agama | Islam |
Sultan Muhammad Shah mangkat Pada 1237 ialah Sultan Kedah yang ketiga. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mu'azzam Shah.
Pada 3 Mei 1202, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Mariam.
Baginda telah memerintah Kedah dengan penuh adil dan memperkenal peraturan dalam negeri.
Baginda adalah Sultan Kedah yang pertama diketahui mewujudkan matawang negeri Kedah.
Buktinya telah dijumpai ratusan keping matawang perak di dalam sebuah botol tanah liat di Daerah Pulau Langkawi yang terukir dengan jelas Sultan Muhammad Shah, manakala disebelahnya pula terukir 'Al-Sultan yg Al-Adil' (Jawi: السلطان العادل).
Pada hari Isnin, 12 Januari 1237 bersamaan 13 Jamadilawal 634 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Kota Bukit Meriam.