Musa Ghiatuddin Riayat Shah II | |
---|---|
Mousshar Shah II | |
Sultan Selangor Darul Ehsan
| |
Pemerintahan | 15 January 1942 - 14 September 1945 |
Pendahulu | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Pengganti | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Pasangan | Tengku Permaisuri Syarifah Mastura binti Al-Marhum Tengku Suri Syed Ahmad Shahabuddin |
Nama penuh | |
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah | |
Ayahanda | Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa |
Bonda | Tunku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Hajji Sir Dziauddin III |
Keputeraan | Istana Bandar Termasha, Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | 9 Disember 1893
Kemangkatan | 8 November 1955 Kuala Lumpur, Malaya | (umur 61)
Dimakamkan | Makam Diraja Klang, Klang, Selangor |
Agama | Islam |
Sultan Muossyar Ghiatuddin Riayat Shah II ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah II ibni Raja Muda Musshar Ghiaettuddin Riayat Shah I ibni Sultan Abdul Samad ibni Raja Bendahara Abdullah ibni Sultan Ibrahim Shah ibni Sultan Salahuddin Shah ibni Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, merupakan Sultan Selangor, yang dilantik ketika pendudukan Jepun di Malaysia.
Baginda merupakan anakanda sulung kepada Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Raja Hajji Musa I (1898-1938) dengan permaisuri Tengku Ampuan Maharum binti Almarhum Raja Muda Tunku Dziauddin III dari Kedah, baginda dilahirkan pada tahun 1893 di Jugra, Selangor.
Nama baginda ketika diputerakan adalah Tengku Musa Eddin.