Sultan Perak

Sultan
Perak Darul Ridzuan
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Nazrin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
sejak 29 Mei 2014
Pertabalan 06 Mei 2015
Butiran
GelaranDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Pewaris takhta
  1. Raja Jaafar
    Raja Muda Perak
  2. Raja Iskandar Dzurkarnain
    Raja Di-Hilir Perak
Penyandang pertama
  1. Sultan Mudzaffar Shah I ibni Almarhum Sultan Mahmud Riayat Shah I
    Sultan Perak
    Wangsa Kesultanan
    Melaka-Perak
  2. Sultan Mudzaffar Shah II ibni Almarhum Raja Mahmud
    Sultan Perak
    Wangsa Kesultanan
    Siak-Perak
Pembentukan1 Oktober 1528 umur 1 Oktober 1528; 496 tahun yang lalu (1528-10-01)
PersemayamanIstana Iskandariah, Kuala Kangsar
Laman sesawangsultan.perak.gov.my

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluk serta Pesisirnya (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان دان جاجهن تعلوق سرتا ڤسيسيرڽ) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.

Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.

Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]

Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.

Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]

  1. ^ Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
  2. ^ "Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor". Orang Perak. 19 April 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne