Zainal Abidin Shah II | |
---|---|
Sultan Terengganu | |
Pemerintahan | 1794 - 1808 |
Didahului oleh | Sultan Mansur I |
Diikuti oleh | Sultan Hajji Sir Ahmad Shah Muazzam I |
Keputeraan | 1744 |
Kemangkatan | 1808 (berumur 63–64) |
Pemakaman | Masjid Abidin, Kuala Terengganu |
Kerabat | Wangsa Bendahara |
Ayahanda | Sultan Mansur I |
Agama | Islam |
Sultan Zainal Abidin Shah II ibni Sultan Mansur Riayat Shah I atau Sultan Zainal Abidin II (Jawi: سلطان زين العابدين شاه اا ابن سلطان منصور رعاية شاه ا; s. 1744 M[1] – 1223 H/1808 M atau 1227 H/1812 M[2]) ialah sultan Terengganu ketiga dan putera kelima kepada Sultan Mansur Riayat Shah dengan Tengku Bulang puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Semasa ditabalkan Baginda telah berumur 50 tahun dan baginda memerintah dari tahun 1794 sehingga tahun 1808.[3]