Sultanah Zanariah | |
---|---|
Raja Permaisuri Agong ke-8 | |
![]() | |
Raja Permaisuri Agong | |
Pemerintahan | 26 April 1984 - 25 April 1989 |
Didahului oleh | Tengku Ampuan Afzan |
Diikuti oleh | Tuanku Bainun |
Sultanah Johor ke-23 | |
Pemerintahan | 11 Mei 1981 – 22 Januari 2010 |
Didahului oleh | Sultanah Nora |
Diikuti oleh | Raja Zarith Sofiah (sebagai Permaisuri Johor) |
Keputeraan | Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad 5 Julai 1940 Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan |
Kemangkatan | 17 Mac 2019 Johor Bahru, Johor | (umur 78)
Pemakaman | 18 Mac 2019 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru |
Pasangan | Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail |
Anakanda | Tunku Abdul Majid |
Ayahanda | Tengku Panglima Raja Long Haji Ahmad |
Tunku Zanariah (Jawi: تونكو زانريه; lahir Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010.
Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggung Kelantan Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Long Haji Ahmad adalah individu yang memahkotakan tiga orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.