Sumber air

Sebaran grafik lokasi air di Bumi. Hanya 3% air Bumi adalah air tawar. Sebahagian besar daripadanya terdapat dalam litupan ais dan glasier (69%) dan air bawah tanah (30%), sementara semua tasik, sungai dan rawa digabungkan hanya menyumbang sebahagian kecil (0.3%) dari jumlah simpanan air tawar Bumi.

Sumber air (Jawi: سومبر اير) adalah sumber semula jadi air yang berpotensi untuk diguna. Penggunaan air merangkumi aktiviti pertanian, perindustrian, isi rumah, rekreasi dan persekitaran. Semua makhluk hidup memerlukan air untuk membesar dan membiak.

97% air di Bumi adalah air masin dan hanya tiga peratus adalah air tawar ; lebih sedikit daripada dua pertiganya dibekukan dalam bentuk glasier dan litupan ais kutub.[1] Air tawar yang tidak dibekukan dijumpai terutamanya sebagai air bawah tanah, dengan hanya sebahagian kecil yang terdapat di atas tanah atau di udara.[2]

Air tawar adalah sumber yang boleh diperbaharui, namun bekalan air bawah tanah di dunia terus menurun, dengan pengurangan berlaku paling ketara di Asia, Amerika Selatan dan Amerika Utara, walaupun masih belum jelas berapa banyak pembaharuan semula jadi yang mengimbangkan penggunaan ini, dan apakah ekosistem terancam.[3] Kerangka untuk memperuntukkan sumber air kepada pengguna air (di mana kerangka tersebut ada) dikenal sebagai hak air.

  1. ^ "Earth's water distribution". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 2009-05-13.
  2. ^ "Scientific Facts on Water: State of the Resource". GreenFacts Website. Dicapai pada 2008-01-31.
  3. ^ Gleeson, Tom; Wada, Yoshihide; Bierkens, Marc F. P.; van Beek, Ludovicus P. H. (9 August 2012). "Water balance of global aquifers revealed by groundwater footprint". Nature. 488 (7410): 197–200. doi:10.1038/nature11295. PMID 22874965.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne