Sumpah Palapa

Sumpah Palapa merupakan sumpah yang diambil oleh Gajah Mada, seorang Perdana Menteri abad ke-14 Empayar Majapahit Jawa yang diterangkan dalam Pararaton (Kitab Raja-raja). Dalam sumpah ini Gajah Mada bersumpah bahawa beliau tidak akan merasai apa-apa rempah, selagi beliau tidak berjaya menyatukan Nusantara (kepulauan Melayu). Sumpah itu diambil ketika dilantik sebagai Majapahit Amangkubhumi (Perdana Menteri) yang berlangsung pada 1256 Saka (1334) atau 1258 Saka (1336). [1]

  1. ^ Sita W. Dewi (9 April 2013). "Tracing the glory of Majapahit". The Jakarta Post. Dicapai pada 5 February 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne