Sun Tzu | |
---|---|
![]() Tugu Sun Tzu di Yurihama, Tottori, Jepun | |
Lahir | c. 544 SM (tradisional) |
Meninggal dunia | c. 496 SM (tradisional) |
Pekerjaan | Jeneral dan Ahli Taktik |
Tempoh | Zaman Negeri-Negeri Berperang |
Subjek | Strategi Ketenteraan |
Karya terkenal | Seni Peperangan |
Sun Tzu | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 孫武 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 孙武 | ||||||
Hanyu Pinyin | Sūn Wǔ | ||||||
|
Sun Wu (Pinyin:Sūn Wǔ), lebih dikenali sebagai Sun Tzu atau Sunzi)[1] (Cina ringkas: 孙子 ; Cina tradisional: 孫子 ; pinyin: Sūnzǐ, ialah seorang jeneral, ahli strategi dan ahli falsafah China zaman purba yang dipercayai telah mengarang buku Seni Peperangan, satu buku yang berpengaruh berkaitan strategi ketenteraan. Sun Tsu meninggalkan jasa bukan sahaja kepada sejarah China, malah budaya dan sejarah Asia, menerusi Seni Peperangan penulisannya dan juga legendanya.
Sun Tzu, yang juga diterjemahkan sebagai "Sun Tze" atau "Sun Wu" dalam beberapa karya penterjamahan, merupakan seorang tokoh sejarah yang dipersoalkan ketulenanna oleh para sejarawan. Pengisahan tradisional meletaknya pada Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh China (722–481 SM), sebagai seorang jeneral tentera yang berkhidmat untuk Raja Helu dari Wu, yang hidup pada lebih kurang 544–496 SM. Para sarjana moden yang menerima ketulenannya meletakkan tarikh Seni Peperangan diselesaikan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang (476–221 SM), berlandaskan pemerian peperangan dalam teksnya, dan kesamaan prosanya kepada prosa karya-karya sezaman.[2]
Pengisahan tradisional menyatakan bahawa warisnya, Sun Bin, juga menulis treatis tentang taktik, berjudul Seni Peperangan Sun Bin. Penulisan klasik China merujuk kepada kedua-dua Sun Wu dan Sun Bin sebagai "Sun Tzu", dan beberapa ahli sejarah pada mulanya mempercayai yang Sun Wu sebenarnya ialah Sun Bin, sehinggalah penjumpaan treatis Sun Bin pada tahun 1972. Karya Seni Peperangan Sun Tsu menjadi masyhur dan digunakan secara amali pada kurun ke-19 dan ke-20 di kalangan negara Barat; karyanya masih mempengaruhi kebudayaan dan politik Asia dan Barat hingga sekarang.