Sun Wukong ialah watak utama yang berupa orang monyet dalam novel epik Cina berjudul Pengembaraan ke Barat. Dalam karya tersebut, Sun Wukong menemani seorang sami bernama Xuanzang dalam perjalanan memperoleh kitab suci agama Buddha di India.
Sun Wukong teramat gagah perkasa, senang sekali mengangkat tongkat sakti Ruyi Jingu Bang yang beratnya 13,500 kati (8,100 kg). Dia juga amat pantas, boleh melakukan balik kuang sepanjang 108,000 batu (54,000 kilometer). Sun Wukong boleh berubah menjadi 72 bentuk berbeza, seperti haiwan-haiwan dan benda-benda, tetapi dia menghadapi sedikit masalah apabila bertukar menjadi manusia kerana sukar menyorokkan ekornya. Sun Wukong ialah seorang pejuang mahir yang mampu melawan panglima-panglima terhandal di kayangan. Setiap carik bulunya menyimpan kuasa sakti yang boleh menjadi salinan Sun Wukong sendiri, ataupun pelbagai senjata, haiwan atau benda-benda lain. Dia juga menghafal pelbagai jampi untuk menyeru angin, membelah air, menyulapkan lingkaran lindungan daripada ancaman syaitan, di samping membeku manusia, syaitan dan dewa-dewi juga.[1]
- ^ Journey to the West, Wu Cheng'en (1500-1582), Translated by Foreign Languages Press, Beijing 1993.