Sundae (makanan Korea)

Sundae (makanan Korea)
Nama Korea
Hangul순대
Perumian Semakansundae
McCune–Reischauersundae

[1]Sundae (sebutan bahasa Korea: [sʰundɛ], juga sering dieja soondae) ialah masakan Korea disediakan untuk umum dengn mendidih atau mengukus usus lembu atau babi yang disumbat dengan pelbagai bahan-bahan. Ia adalah sejenis sosej darah dan dipercayai telah dimakan sejak sekian lama. Resipi yang berkaitan dengan sundae boleh didapati dalam buku masakan Joseon yang diterbitkan pada abad ke-19 seperti "Gyuhap chongseo" dan "Siuijeonseo".[1]

Sundae boleh dibuat dengan makanan laut seperti ojing-eo sundae (오징어 순대 sundae sotong) dan myeongtae sundae (명태 순대 sundae pollock Alaska).[1]

Jenis sundae yang paling biasa diperbuat daripada usus babi disumbat dengan mi selofan (dangmyeon), barli, dan darah babi,[2] walaupun sesetengah kelainan juga mengandungi daun perilla, daun bawang (pa), pes kacang soya diperam (doenjang), pulut, kimchi, dan tauge kacang soya. Ia adalah makanan jalanan popular di Korea Utara dan Korea Selatan. Malah, ada kawasan kejiranan yang dipanggil Sundae Town di Sillim-dong yang mempunyai banyak restoran yang mengkhususkan penyediaan sundae.[3]

  1. ^ a b c "Sundae (순대)" (dalam bahasa Korean). EncyKorea. Dicapai pada 2008-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Goldberg, Lina "Asia's 10 greatest street food cities" CNN Go. 23 March 2012. Retrieved 2012-04-11
  3. ^ (Korea) Sundae town, Seoul News, 2009-09-09. Retrieved 2010-06-27.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne