Sungai Ayer Tawar

Pekan Sg Ayer Tawar, 2024

Pekan kecil ini terletak kira-kira 15 km daripada Pekan Sabak yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Dikelilingi kebun kelapa, kelapa sawit dan pisang, pekan ini menjadi tumpuan petani dan pekebun kecil bagi mendapatkan barang keperluan asas mereka. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam dari keturunan Jawa. Terdapat juga penduduk Melayu dari suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Terdapat sedikit kaum Cina yang kebanyakannya menjadi peraih dan peruncit. Kegiatan ekonomi lain ialah menangkap ikan. Terdapat pengkalan bot yang menghubungkan kawasan ini dengan negeri Perak. Malah penunggang motorsikal juga boleh memanafaatkan perkhidmatan bot di pengkalan yang dipanggil 'kilang sabut' itu bagi memendekkan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak. Pekan kecil ini menjadi tumpuan penduduk dari kampung berhampiran seperti kampung Sungai Tengar dan kampung Datuk Hormat Rafie.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne