Sungai Baram

Sungai Baram
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
MuaraLaut China Selatan
Panjang400 km
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info sungai dengan parameter yang tidak diketahui "river_name"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info sungai dengan parameter yang tidak diketahui "origin"
Kuala Sungai Baram

Sungai Baram (Jawi: سوڠاي بارم) ialah sebatang sungai sepanjang 400 km terletak di negeri Sarawak, Malaysia Timur di pulau Borneo. Sungai ini berasal dari timur iaitu dari Banjaran Iran dan mengalir arah barat melalui hutan hujan tropika ke dalam Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur.

Lembangan Sungai Baram telah menjadi sebahagian Sarawak sejak ia diserahkan kepada Rajah Putih Sarawak oleh sultan Brunei pada 1882, sebidang kawasan besarnya 10,000 batu persegi (30,000 km2), untuk bayaran tahunan 6000 dollar[1].

Sungai ini diseberang tidak jauh dari muaranya oleh Lebuhraya Miri-Baram, Laluan Persekutuan LP 22, melalui Jambatan Batang Baram yang dibuka pada 2003. Lebih kurang 100 km hulu sungai terletaknya pekan Marudi.

Sungai ini juga dikenali di kebanyakan tempat di Borneo sebagai Batang Baram, sama seperti sungai-sungai lain di pulau itu seperti Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain.

  1. ^ "The Pagan Tribes of Borneo, retrieved 22-05-2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2011-11-04.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne