Sungai Penchala | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Kampung Sungai Penchala terletak di Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kampung Sungai Penchala telah diasaskan oleh peneroka awal dari Minangkabau yang bernama Kari Muhammad Bin Dato Bagindo Kayo sekitar abad ke 19. Beliau bersama-sama rombongan orang minang telah meneroka Kampung ini untuk dijadikan penempatan , punca pertanian untuk sumber makanan dan penjualan produk pertanian, dan memulihara kampung ini dengan baik sekali. Atas jasa-jasa baik beliau, pihak British telah memberikan seluruh tanah Kampung Sungai Penchala kepada beliau yang kemudiannya beliau telah berkongsi tanah yang diterima itu dengan mengagihkan tanah kepada rombongan kawan-kawannya itu.
Kerajaan Malaysia telah mewartakan Kampung Sungai Penchala sebagai salah satu tanah rizab melayu di Kuala Lumpur.
Kampung ini adalah kampung terakhir di Kuala Lumpur yang masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya dengan hutan yang tebal, bukit yang indah untuk aktiviti pendakian , sungai yang bersih, serta flora dan fauna. Di Kampung ini terdapat banyak pokok buah-buahan tempatan seperti durian , manggis, langsat, pulasan, duku, bacang, mangga. Panaroma di Kampung ini sangat mendamaikan jiwa dengan suasana kampung yang sejuk kerana masih ada hutan tebal disini.
Kampung ini boleh dikatakan sebagai kawasan yang paling cepat membangun dalam jangka masa 10 tahun ini. Banyak pembangunan telah berlaku di Kampung Sungai Penchala. Kampung ini berdekatan dengan Mutiara Damansara dan Bandar Utama dimana satu ketika dahulu kawasan ini merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Pada tahun 2008, Lebuhraya Damansara-Puchong dibuka menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, Kepong dan Gombak melalui MRR2. Pada tahun 2004, Lebuhraya SPRINT pula dibuka untuk menghubungkan Kampung Sungai Penchala dengan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sri Hartamas melalui Terowong Penchala. Kini Kampung Sungai Penchala mempunyai sebuah masjid baru bername Masjid Al-Hidayah, selain Masjid Jamek Tengku Adul Aziz Shah.
Kampung Sungai Penchala mempunyai penduduk asal orang minang dan ada yang datang dari pelbagai daerah dan negeri bekerja dan menetap disini. Orang Minang adalah orang- orang yang pertama meneroka Kampung Sungai Penchala ini sejak awal tahun 1900an. Penduduknya mengamalkan konsep bersatu-padu. Terdapat 3 pecahan kampung di Kampung Sungai Penchala.
Pecahan kampung yang ada di Kampung Sungai Penchala:
1. Penchala Indah
2. Kampung Palimbayan
3. Kampung Palimbayan Indah
Antara tokoh yang tinggal di sini ialah Noor Azam, mantan ketua pengarang majalah Dewan Masyarakat.