Sungai Zambezi | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | Zambia, Republik Demokratik Congo, Angola, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Berdekatan Mwinilunga, Zambia |
• ketinggian | 1,500 m (4,922 kaki) |
Muara | Lautan Hindi |
Panjang | 2,574 km (1,599 batu) |
Aliran | |
• purata | 3400 m³/s (126.000 kaki³/s)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Sistem sungai | Zambezi Basin |
Sungai Zambezi (atau Zambesi) ialah sungai keempat terpanjang di dunia yang terletak di benua Afrika. Sungai ini juga merupakan sungai dengan aliran terbesar ke Lautan Hindi dari benua Afrika. Luas kawasan alirannya mencapai 1,390,000 km²,[1][2] hampir separuh daripada Sungai Nil. Sungai sepanjang 2,574 km ini berhulu di Zambia dan mengaliri negara-negara Namibia, Botswana, Zambia, dan Zimbabwe, lalu ke Mozambique, sampai akhirnya bermuara ke Lautan Hindi.
Bentuk muka bumi yang dikenali dari sungai Zambesi adalah Air Terjun Victoria, air terjun terbesar di dunia. Selain itu, terdapat pula air terjun lain seperti Air Terjun Chavuma di sempadan Zambia dan Angola, serta Air Terjun Ngonye di barat Zambia.