SuperPark ialah taman riadah berteraskan permainan dalaman dari Finland. SuperPark yang pertama dibuka di Sotkamo Vuokatti pada tahun 2012 dan diasaskan oleh Taneli Sutinen. Terdapat lapan buah SuperPark di Finland: Vuokatti, Oulu, Vantaa, Turku, Hyvinkää, Mikkeli, Tahko dan Kalajoki. Syarikat itu mempunyai kira-kira 100 orang pekerja di Finland, dan ketua pegawai eksekutifnya ialah Juha Tanskanen. [1] SuperPark telah diambilalih oleh firma ekuiti swasta Sentica Partners dan Tesi pada tahun 2018.[2]
SuperPark juga telah membuka beberapa cawangan di seluruh dunia. Taman riadah SuperPark di luar negara Finland yang pertama mula beroperasi di Hong Kong pada akhir tahun 2017. Pada tahun 2018, beberapa SuperPark telah dibuka di Uppsala, Sweden, Suzhou, China, Singapura dan Kuala Lumpur, Malaysia. [3] [4] [5] Pada bulan Jun 2019, taman baharu dibuka di Shanghai, China, dan pada bulan November tahun tersebut, SuperPark telah dibuka di Bangkok, Thailand. [6] [7] Pada tahun 2020, anak syarikat SuperPark di Asia menghadapi masalah kewangan akibat krisis COVID-19 yang menyebabkan beberapa taman riadah SuperPark di Asia telah ditutup secara kekal. SuperPark Uppsala juga ditutup.