Super Sentai | |
---|---|
Pencipta | Shotaro Ishinomori |
Hasil kerja asal | Himitsu Sentai Gorenger |
Dimiliki oleh | Toei Company |
Filem dan televisyen | |
Siri televisyen | Lihat dibawah |
Permainan | |
Tradisional | Rangers Strike |
Permainan video | Super Sentai Battle: Dice-O |
Audio | |
Muzik asal | Project.R |
Lain-lain | |
Permainan | S.H. Figuarts Soul of Chogokin Super Robot Chogokin |
Siri Super Sentai (スーパー戦隊シリーズ , Sūpā Sentai Shirīzu, bahasa Inggeris: Super Sentai Series) adalah siri metaseri dan francais media pasukan adiwira Jepun yang terdiri daripada siri televisyen dan filem yang diterbitkan oleh Toei Company dan Bandai dan disiarkan oleh TV Asahi. Rancangan ini bergenre tokusatsu, menampilkan watak aksi langsung dan kesan khas yang berwarna-warni dan ditujukan kepada kanak-kanak dan dewasa muda. Ia pertama kali disiarkan di Jepun pada tahun 1975. Super Sentai disiarkan bersama siri Kamen Rider dalam blok pengaturcaraan Super Hero Time pada pagi hari Ahad.
("Super" merujuk kepada penggunaan Mecha mereka dan "Sentai" ialah perkataan Jepun untuk "Pasukan Penyelamat" atau "Kumpulan Pejuang"). Super sentai lebih dikenali kerana ia diaptasikan sebagai "Power Rangers" yang terkenal di Amerika.
Di Malaysia, Siri rancangan Super Sentai ini pernah disiarkan di RTM pada awal tahun 1990-an dan kebanyakkanya dialih suara dalam versi Bahasa Melayu