Superkomputer atau adikomputer ialah sebuah komputer yang mempunyai prestasi tinggi dari segi kapasiti proses, terutamanya kelajuan dalam perkiraan berbanding komputer awam yang bersaiz biasa. Superkomputer yang pertama diperkenalkan dalam tahun 1960an, direkabentuk secara asas oleh Seymour Cray di Control Data Corporation (CDC).