Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
![]() |
Surah Yusuf (سورة يوسف) adalah surah ke-12 dalam Al-Quran dan terdiri atas 111 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana menitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. . Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat . Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahawa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.