Susan Lankester | |
---|---|
Kelahiran | Susan Anne Lankester 30 Jun 1962 |
Nama lain | Sue |
Pekerjaan | Pelakon, pemuzik, penyanyi, penerbit, pengarah |
Tahun aktif | 1977–kini |
Susan Lankester (lahir 30 Jun 1962) ialah seorang pelakon, pemuzik, pengarah dan penerbit Malaysia[1] yang mula dikenali sebagai pemuzik pada tahun 1977-1983. Dan kemudian menjadi pelakon untuk menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke...kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular Mekanik. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.