Sviatoslav I | |
---|---|
Putera Kiev | |
Pemerintahan | 945–972 |
Didahului oleh | Igor |
Diikuti oleh | Yaropolk I |
Pemangku raja | Olga (945–962) |
Putera Novgorod | |
Pemerintahan | 945–970 |
Diikuti oleh | Vladimir I |
Keputeraan | s. 943 Kiev |
Kemangkatan | 972 (berusia 28–29) Khortytsia |
Pasangan | Predslava |
Anakanda | |
Wangsa | Rurik |
Ayahanda | Igor dari Kiev |
Bonda | Olga dari Kiev |
Agama | Paganisme Slav |
Sviatoslav atau Svyatoslav I Igorevich (Slav Timur Kuno: Свѧтославъ Игорєвичь, rumi: Svętoslavŭ Igorevičǐ ;[1] Nor Kuno: Sveinald;[a] Jawi: سۏياتوسلۏ ; s. 943 – 972) ialah Putera Kiev dari tahun 945 hingga kematian baginda pada tahun 972.[2] Baginda menjalankan pelbagai dan banyak kempen di timur dan selatan, yang menyebabkan kejatuhan dua kuasa besar di Eropah Timur, Khazaria dan Empayar Bulgaria Pertama. Baginda menakluk berbagai-bagai suku Slav Timur, mengalahkan Alan dan menyerang orang Bulgar Volga,[3][4] dan ada kalanya bersekutu dengan orang Pecheneg dan Magyar (Hungary).
Selepas bapa Sviatoslav, Igor, meninggal pada tahun 945, ibu baginda Olga memerintah sebagai pemangku raja di Kiev sehingga 962.[5][6][7][8] Dalam sedekad baginda memerintah Rus' Kiev, wilayah mereka telah membesar ke lembah Sungai Volga, padang rumput Pontik, dan Balkan, menghasilkan negeri yang terbesar di Eropah. Pada tahun 969, baginda memindahkan ibu kota ke Pereyaslavets di Sungai Danube.[9][10] Pada tahun 970, baginda melantik dua putera baginda Yaropolk dan Oleg sebagai penguasa rendahan wilayah Kiev dan Drelinia, sementara baginda melantik Vladimir, anak baginda dengan pembantu rumah/hamba baginda Malusha, sebagai putera Novgorod.[11][12]
Sviatoslav kekal seorang pagan sepanjang hidupnya, tidak seperti ibunya yang memeluk agama Kristian.[8] Disebabkan kematian baginda yang mengejut dalam satu serangan hendap, seluruh jajahan baginda tidak pernah disatukan menjadi empayar, manakala kegagalan baginda untuk melantik seorang pewaris menyebabkan pergaduhan antara tiga puteranya, mengakibatkan kematian Yaropolk dan Oleg, manakala Vladimir pula menjadi satu-satunya putera yang tinggal.[7]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan