Syaktisme (Sanskrit: शाक्तcode: sa is deprecated , IAST: Śākta, har. doktrin tenaga, kuasa, dewi abadi) merupakan satu aliran utama agama Hindu, di mana ketua dewa disifatkan sebagai wanita.
Syaktisme melibatkan suatu semesta dewi, di mana kesemuanya dipercayai sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama, Syakti.[1][3] Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripada Durga yang paling banyak disembah, hingga Parvati serta Kali.[4][5] Selepas kemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadi Mahavidya, kumpulan sepuluh dewi.[6]Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Syaktisme termasuk: Durga, Kali, Saraswati, Lakshmi, Parvati dan Tripurasundari.[3] Selain itu, pelbagai Gramadevata juga disembah di kawasan India.[7]
^ abKlostermaier, Klaus K. (2010). A Survey of Hinduism (ed. third). State University of New York Press. m/s. 30, 114–116, 233–245. ISBN978-0-7914-8011-3.