Syed Hussein Alatas DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
![]() Syed Hussein Alattas ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), parti yang agak berjaya dalam Pilihan raya umum 1969. | |
Dalam jawatan Mei 1988 – Januari 1991 | |
Didahului oleh | Ungku Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Mohd Taib Osman |
Presiden pertama Parti Gerakan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 1968–1971 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Lim Chong Eu |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bogor, Hindia Timur Belanda | 17 September 1924
Meninggal dunia | 23 Januari 2007 Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 82)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | GERAKAN (1968–1972) PEKEMAS (1973–1978) BEBAS (1978–2007) |
Pasangan | Zaharah Abdullah |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Amsterdam |
Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas (17 September 1924 – 23 Januari 2007) ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968 serta juga ahli intelektual yang banyak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial, khususnya sosiologi, di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum kemerdekaan Malaysia dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya.