Kelahiran | Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor 12 Disember 1951 |
---|---|
Pekerjaan | Usahawan, jutawan pengasas Yayasan Albukhary |
Nilai bersih | ▼ AS$ 1.3 bilion (2024) |
Tan Sri Dato' Seri Syed Mokhtar bin Syed Nor Al-Bukhary (lahir 12 Disember 1951)[1] merupakan seorang ahli perniagaan dan antara jutawan Melayu terkaya Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2] Beliau ialah seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.[3]
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011.[4] Menurut majalah Forbes, beliau merupakan orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga kerja.