Syura (penyanyi)

Syura
Kelahiran
Zuraidah binti Badron

(1986-10-06) 6 Oktober 1986 (umur 38)
Nama lainSyura Badron
Pekerjaan
Tahun aktif2000–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Rock, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong, Dangdut
Syarikat rakaman
FMC Music
Musica Studio's (Indonesia)
Pengkarya berkait
Siti Nordiana, M. Daud Kilau

Zuraidah Badron (lahir 6 Oktober 1986) atau Syura merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, Syura memulakan kerjaya muziknya pada 2000 apabila beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Fantasia Music City (FMC) di mana beliau menerbitkan lima album.[1] Pada tahun 2013, Syura merupakan salah seorang daripada 20 peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua di mana beliau meraih gelaran juara. Beliau kembali aktif dalam bidang muzik dengan menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4 di mana beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.[2][3][4][5]

  1. ^ a b Zaidi Mohamad (18 Januari 2016). "Syura terkenang zaman dilabel penyanyi kampung". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2016.
  2. ^ Syarridzuan Abdul Rashid (12 Disember 2017). "Orang seram tengok saya: Syura". Berita Harian. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (28 Disember 2019). "Syura berdepan laluan sukar untuk kemunculan semula". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  4. ^ Norhayati Nordin (19 Februari 2018). "Syura keluar zon selesa". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2018). "Serius kembangkan bakat". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne