T-72 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1973–kini |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Kartsev-Venediktov |
Direka | 1967–73 |
Pengeluar | Uralvagonzavod |
Dihasilkan | 1971–kini |
Jumlah dibina | 25,000+ |
T-72 adalah sebuah Kereta Kebal Utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62[1]. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.