![]() Kapal serangan amfibia TCG Anadolu (L-400) semasa dalam pembinaan di Limbungan Sedef Shipyard, Istanbul.
| |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | TCG Anadolu |
Bersempena dengan: | Anatolia |
Dipesan: | 1 Jun 2015 |
Pembina: | Sedef Shipbuilding, Inc. |
Dibaringkan: | 7 Februari 2018[1] |
Dilancarkan: | 30 April 2019 |
Ditauliah: | 2022 (dijangka)[2] |
Pengenalan: | nombor Pennant: L-400[3][4] |
Status: | Dalam ujian di laut |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal serangan amfibia kelas Anadolu |
Sesaran: | 24,660 tan (konfigurasi "kapal pengangkut pesawat ringan") / 27,079 tan (konfigurasi "LHD") |
Panjang: | 232 m (761 ka 2 in)[5] |
Lunas: | 32 m (105 ka 0 in)[5] |
Draught: | 6.9 m (22 ka 8 in)[6] |
Jana kuasa: | 5 x 8,000 kW (11,000 hp) Penjana Diesel Man, 2 x 11 MW (15,000 hp) Siemens SiPOD , 2 x 1,500 kW (2,000 hp) bow thruster[5] |
Halaju: | 21 knot (39 km/j; 24 mph)[5] |
Jarak: | 9,000 batu nautika (17,000 km; 10,000 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)[5] |
Anak kapal: | 4 x LCM atau 2 x LCAC[6] |
Sistem penderia dan pemprosesan: | SMART-S Mk.2 S-band 3D radar, SPN-720 Naval Precision Approach Radar, GENESIS-ADVENT Combat Management System, IRST, IFF, TDL, VMF, SATCOM, LWR, DDS, Torpedo Defense System[6] |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | |
Nota: | Kapal ini boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat ringan atau sebuah kapal serangan amfibia. Ia memiliki keupayaan untuk membawa dan mengoperasikan F-35B atau TAI Hürjet.[8] |
TCG Anadolu (L-400)[3][4] adalah sebuah kapal serangan amfibia (LHD) dari Tentera Laut Turki yang boleh dikonfigurasikan sebagai sebuah kapal pengangkut pesawat ringan.[6][7][9][5] Ia dinamakan bersempena dengan nama semenanjung Anatolia (Turki: Anadolu) yang mana mebentuk sebahagian besar daratan di Turki. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 30 April 2016 di limbungan Sedef Shipbuilding Inc. di Istanbul, di mana lunasnya telah dibaringkan pada 7 Februari 2018,[1] dan dijangka akan ditauliahkan pada tahun 2022.[6][7][9][2] Kapal ini bertujuan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak Angkatan Tentera Turki, seperti mampu belayar lama, pertempuran jarak jauh atau operasi bantuan kemanusiaan; sementara pada masa yang sama masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah pusat arahan dan kapal laksamana untuk Tentera Laut Turki.[7] Ia didakwa akan menjadi kapal pengangkut pesawat pertama yang akan melancarkan kenderaan tempur udara tanpa pemandu (UCAV)[10]
Konsortium Sedef–Navantia telah memenangi tender untuk projek pembinaan LPD/LHD untuk Tentera Laut Turki dan Anadolu mempunyai rekabentuk yang sama dengan kapal milik Sepanyol, Juan Carlos I. Kesemua persenjataan akan dibekalkan oleh firma-firma Turki iaitu Aselsan dan Havelsan.[11][12][13][14][15][16] Kapal ini akan dipasang dengan sebuah sistem pengurusan tempur Turki yang dikenali dengan GENESIS-ADVENT,[17][18][19] yang mana akan diintegrasi oleh Aselsan dan Havelsan.[20] Pendaratan pesawat dalam semua keadaan cuaca akan dibantu oleh Leonardo SPN-720[21] Precision Approach Radar.
Navantia akan menyediakan rekabentuk, pertukaran teknologi, peralatan dan bantuan teknikal kepada Sedef Shipyard untuk mereka dan membangunkan Anadolu, yang mana akan dikelaskan sebagai sebuah kapal pengangkut ringan/LHD oleh Lloyd Turki.[22][23]