Tahajjud Cinta (drama)

Tahajjud Cinta
GenreDrama
Agama
PengarahEirma Fatima
Dibintangi oleh
Eman Manan
Nur Fazura
Fouziah Gous
Remy Ishak
Tiz Zaqyah
Eirma Fatima
Shahz Jaszle
Ziela Jalil
Ahmad Tarmimi Siregar
Melissa Saila
Azizah Mahzan
Jins Shamsuddin
Norish Karman
Aaron Aziz
Lagu pembukaan"Merpati Putih" oleh Chrisye, duet oleh Zamani dan Astrid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 episod
PenyuntingDamien Wu Kong Chuen
Aliff JJ Abd Majid
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Julai 2011 – 14 Oktober 2011
Pautan luar
Laman sesawang

Tahajjud Cinta adalah sebuah drama bersiri arahan pengarah prolifik Eirma Fatima yang ditayangkan menerusi slot Zehra di saluran TV3 bermula pada 8 Julai 2011. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang Citra Maisara lakonan Nur Fazura, seorang gadis lulusan undang-undang syarie dari Kaherah, Mesir yang pulang ke tanahairnya di Malaysia untuk bekerja bersama Biro Tata Syariah dalam cita-citanya untuk mencari keadilan hak-hak berlandaskan Al Quran dan As Sunnah untuk kaum muslimah di negara ini biarpun terpaksa melupakan cintanya kepada Azihan (Shahz Jaszle) serta harapan keluarganya. Ia juga mengisahkan mengenai seorang kiyai bernama Ustaz Shauki (Eman Manan) yang menjalani kehidupan menguruskan sekolah pondok At Takwa disamping empat orang isterinya, dan juga anak lelaki sulungnya, Solahuddin (Remy Ishak). Drama ini menampilkan 18 orang pelakon berstatus dan mencatat kedudukan tertinggi untuk slot Zehra sejak drama Nur Kasih pada 2010.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne