Takhta Suci تختا سوچي | |
---|---|
Bidang kuasa | Kota Vatikan Pelbagai premis luar kawasan di Rom, Itali |
Bahasa rasmi | Bahasa Latin |
Bahasa kerja | Bahasa Itali Bahasa Perancis (tujuan diplomatik)[1] |
Jenis | Takhta gereja Paus merangkumi ketua Gereja Katolik sedunia |
Pemerintahan | |
• Paus | Paus Franciscus |
• Setiasusaha Kardinal Negara | Pietro Parolin |
Laman sesawang rasmi Vatican.va |
Takhta Suci (Itali: Santa Sede ; Latin: Sancta Sedes ; sebutan bahasa Latin: [ˈsaŋkta ˈsedes]; bahasa Inggeris: Holy See ) merupakan bidang kuasa yang bertanggungjawab dalam Gereja Katolik di Rom, takhta persemayaman Paus serta suatu entiti berdaulat yang bebas. Ia berfungsi sebagai titik pusat bagi Gereja Katolik di seluruh dunia atas sebab kedudukannya yang terunggul dalam gereja sedunia. Ia kini berfungsi sebagai badan pentadbiran bagi semua penganut Katolik yang berada di dalam gereja, Patriarkat dan institut keagamaan masing-masing.
Secara diplomatiknya, Takhta Suci bertindak bagi pihak seluruh Gereja. Ia turut diiktiraf oleh entiti lain mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu entiti berdaulat yang diketuai Paus, di mana hubungan diplomatik dapat dikekalkan.[2][3] Ia sering disamakan dengan "Vatikan", namun takhta tersebut tidak sama dengan entiti yang bernama "Negara Kota Vatikan" yang wujud pada tahun 1929 selepas termeterainya Perjanjian Lateran; Takhta Suci iaitu takhta gereja Rom diwujudkan sejak berkurun lamanya. Duta-duta ditauliahkan tidak kepada Negara Kota Vatikan tetapi kepada "Takhta Suci", dan wakil-wakil paus ke negara dan pertubuhan antarabangsa diiktiraf sebagai pewakilan kepada Takhta Suci, bukannya Negara Kota Vatikan. Kewujudan negara Kota Vatikan bertujuan memastikan kebebasan diplomatik dan rohaniah si Paus.
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)