Taman Eden (Ibrani: גַּן־עֵדֶן, rumi: gan-ʿĒḏen ) atau Adan (Arab: جَنَّة عَدْن, rumi: Jannah `Adn[nota 1]) adalah sebuah tempat yang diceritakan kepada para penganut agama samawi iaitu dalam Kitab Kejadian dikongsi bersama umat-umat Yahudi dan Kristian[2][3] serta dalam al-Quran kepada umat Islam.[1] Cerita Taman Eden mengisahkan tentang bagaimana Tuhan menciptakan pasangan manusia pertama iaitu Adam dan Hawa yang diperintahkan tidak memakan buah larangan atau "khuldi" dari Pohon Pengetahuan tentang yang Baik dan yang Jahat, dan bagaimana mereka dikeluarkan dari taman tersebut setelah melanggar perintahNya, kerana tergoda oleh hasutan Iblis menyerupai seekor ular[4] dan memakan buah dari pohon Pengetahuan tersebut. Selepas tragedi pengusiran tersebut, kerubin (malaikat-malaikat kecil) dan sebuah pedang berapi dipasang di depan taman tersebut, untuk mencegah manusia kembali dan memakan buah dari Pohon Pengetahuan.
Nama-nama עֵדֶן ʿĒḏen dan عَدْن `Adn serumpun Semitik diakar dari kata Akkadia 𒉌𒋾𒈝 edinnu pinjaman kata Sumeria 𒀀𒇉𒂔 edin "dataran landai"[5][6] berkaitan dengan kata kerja Bahasa Aramia bermaksud "subur berbuah" (fruitful, well-watered).[3]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan