Tanah Rupert (bahasa Inggeris: Rupert's Land ) atau "Tanah Putera Rupert" (bahasa Inggeris: Prince Rupert's Land ) merupakan sebuah kawasan dalam jajahan British Amerika Utara meliputi lembangan saliran Teluk Hudson yang dimiliki syarikat piagam diraja Hudson's Bay Company selama 200 tahun iaitu bermula dari 1670 hingga 1870; namun terdapat juga banyaknya kumpulan orang asli yang tinggal di kawasan yang sama dan mempertikaikan kedaulatan mereka di kawasan tersebut. . Nama bagi kawasan ini diambil bersempena dengan nama Putera Rupert dari Rhine, iaitu anak saudara kepada Charles I dari England dan adalah gabenor pertama yang mentadbir syarikat Teluk Hudson.
Sebahagian besar kawasan ini kini merangkumi Kanada - termasuk semua provinsi Manitoba, sebahagian besar Saskatchewan, bahagian-bahagian selatan Alberta dan Nunavut serta bahagian utara Ontario dan Quebec; manakala sebahagian kecil lain kawasan ini kini termasuk dalam wilayah Amerika Syarikat termasuk seluruh Minnesota dan Dakota Utara serta sebahagian kecil Montana dan Dakota Selatan.