Tarikh

Tarikh atau tanggal ialah rujukan bagi hari tertentu yang diwakili dalam sistem takwim. Tarikh membolehkan hari tertentu dikenal pasti. Bilangan hari antara dua tarikh boleh dihitung. Contohnya, "24 Februari 2025" adalah sepuluh hari selepas "14 Februari 2025" dalam takwim Gregory. Tarikh bagi suatu peristiwa tertentu bergantung pada zon masa tercerap. Contohnya serangan udara terhadap Pearl Harbor yang bermula pada 7:48 a.m. waktu Hawaii pada 7 Disember 1941 terjadi pada 3:18 a.m. 8 Disember di Jepun (Waktu Piawai Jepun).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne