Tarzan (filem 1999)

Tarzan
PengarahChris Buck
Kevin Lima
PenulisTab Murphy
Bob Tzudiker
Noni White
Dihasilkan olehChris Buck
DibintangiTony Goldwyn
Minnie Driver
Rosie O'Donnell
Glenn Close
Brian Blessed
Lance Henriksen
Wayne Knight
Nigel Hawthorne
Muzik olehPhil Collins
Mark Mancina
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
  • 16 Jun 1999 (1999-06-16)
Masa tayangan
88 minit
BahasaInggeris
Bajet$150,000,000
Pecah panggung$448,191,819

Tarzan ialah sebuah filem animasi keluaran Walt Disney yang ditayangkan di pawagam seluruh dunia oleh Buena Vista Pictures mulai 16 Jun 1999 (kecuali Malaysia yang tarikh tayangannya pada 17 Jun 1999).[1][2] Filem ke-37 dalam siri senarai filem panggung animasi Disney ini berdasarkan cereka Tarzan of the Apes karya Edgar Rice Burroughs, dan satu-satunya adaptasi filem cetera utama dari francais Tarzan yang berbentuk animasi. Filem ini juga merupakan filem hit bona fide terakhir sebelum Disney mengalami kemerosotan pada awal 2002-an, iaitu kutipan kasar $171,091,819 di Amerika Syarikat dan $448,191,819 di seluruh dunia, mengatasi filem-filem klasik Disney sebelumnya iaitu Mulan dan Hercules. Sehingga kini, filem Disney ini adalah filem terakhir yang berasaskan watak cereka Tarzan yang memasuki pawagam, dan juga memegang rekod sebagai filem animasi Disney yang termahal pernah diterbit, iaitu melibatkan perbelanjaan sebanyak $150 juta, di samping juga menjadi filem cetera animasi Disney pertama yang menduduki tangga #1 semenjak filem Pocahontas. Inilah filem terakhir yang dihasilkan dalam zaman Disney Renaissance.

Filem Tarzan juga mencatat sejarah di Malaysia sebagai filem luar negara pertama terbitan syarikat animasi terkenal, Walt Disney Pictures, yang dialih suara ke Bahasa Malaysia untuk tayangan di pawagam tempatan. Filem versi alih bahasa ini menampilkan suara penyanyi, pelakon filem dan teater, serta pengalih suara terkenal tanah air pada masa itu, antaranya Amir Yussof, Ramona Rahman, Sandra Sodhy, Zaibo dan Hafidzuddin 'Fish' Fazil; serta lagu-lagu runut bunyi filem (original motion picture soundtrack) yang menampilkan suara dan lirik dalam bahasa Malaysia oleh Zainal Abidin. Personaliti radio bahasa Inggeris terkenal tanah air, Patrick Teoh, telah dipilih untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah alih suara untuk filem versi alih bahasa ini.

Tarzan (versi Bahasa Malaysia)
PengarahPatrick Teoh
(pengarah alih suara)
PenulisNorina Yahya
(penterjemah/pengadaptasi)
DibintangiAmir Yussof
Ruvi Yamin
Ramona Rahman
Norina Yahya
Ali Rahman
Sandra Sodhy
Zaibo
Adibah Ali
Hafidzuddin 'Fish' Fazil
Chris Ng
Muzik olehPhil Collins
Mark Mancina
Phithun 'Dui' Bunyapana (pengarah muzik untuk filem alih bahasa versi Bahasa Malaysia)
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
  • 17 Jun 1999 (1999-06-17)
BahasaBahasa Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne