Tasik Chini | |
---|---|
Lokasi | Daerah Peka, Pahang Tengah |
Koordinat | |
Aliran keluar utama | Sungai Chini |
Negara lembangan | Malaysia |
Luas permukaan | 12,565 ekar (5,085 he) |
Petempatan | Chini, Pekan, Temerloh |
Tasik Chini (Jawi: تاسيق چيني ) salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di tengah negeri Pahang, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Tasik ini merupakan kawasan kurang penduduk; pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun sebanyak 800 orang tahun 2016.[1]
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air. Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga teratai dari Jun hingga September.
Tasik ini merupakan antara dua kawasan di Malaysia diberikan pengiktirafan Rizab Biosfera UNESCO dalam rancangan Manusia dan Biosfera anjuran pertubuhan tersebut selain Banjaran Crocker di Sabah.[2][1] Kawasan seluas 4,498 hektar di tasik ini diwartakan sebagai suatu hutan simpanan kekal oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019.[3]
Pada 2022, UNESCO mendapati dalam tinjauan berkalanya bahawa tasik ini tidak lagi memenuhi rangkaian Rizab Biosfera kelolaannya akibat penggiatan pembersihan hutan yang diperhatikan serta "penukaran tanah yang intensif" menyebabkan kemerosotan sumber air di sana.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pewartaan hutan simpanan