Taun

Kolera
Nama lain
Kolera Asiatik, epidemik kolera[1]
Seorang yang menderita dehidrasi teruk kerana kolera yang menyebabkan mata terbenam dan tangan serta kulit berkerut.
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaCirit-birit berair dalam jumlah yang besar, muntah, kekejangan otot dalam jumlah besar[2][3]
KerumitanDehidrasi, ketidakseimbangan elektrolit[2]
Permulaan biasa
2 jam hingga 5 hari selepas pendedahan[3]
TempohBeberapa hari[2]
PuncaVibrio cholerae disebarkan oleh laluan tinja-oral[2][4]
Sanitasi rendah, tidak cukup air minuman bersih, kemiskinan[2]
Ujian tinja[2]
PencegahanMeningkatkan penjagaan kebersihan yang lebih baik, air bersih, membasuh tangan, vaksin kolera[2][5]
RawatanTerapi rehidrasi oral, makanan tambahan zink, bendalir intravena, antibiotik[2][6]
Kekerapan3–5  juta orang setahun[2]
Kematian28,800 (2015)[7]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taun atau kolera ialah jangkitan usus kecil oleh beberapa strain bakteria Vibrio cholerae.[3][4] Gejala boleh berkisar dari tidak ada, ringan, hingga parah.[3] Gejala klasik adalah diarea berair yang banyak dan berlangsung beberapa hari.[2] Muntah dan kekejangan otot juga mungkin berlaku. Cirit-birit boleh menjadi sangat teruk yang berlangsung hingga beberapa jam lalu mengakibatkan dehidrasi yang teruk dan ketidakseimbangan elektrolit. Ini boleh mengakibatkan mata terbenam, kulit sejuk, penurunan keanjalan kulit, dan kerutan di tangan serta kaki.[5] Dehidrasi boleh menyebabkan kulit menjadi kebiru-biruan.[8] Gejala bermula dua jam hingga lima hari selepas pendedahan.

Kolera disebabkan oleh sejumlah jenis Vibrio cholerae, dengan beberapa jenis menghasilkan penyakit yang lebih teruk daripada yang lain. Ia disebarkan oleh air yang tidak selamat digunakan dan makanan yang tidak selamat yang telah dicemari oleh tinja manusia yang mengandungi bakteria. Makanan laut yang kurang masak adalah punca biasa kepada jangkitan ini.[9] Manusia adalah satu-satunya haiwan yang terjejas. Faktor risiko penyakit ini termasuk kebersihan yang lemah, capaian air minuman yang bersih sangat rendah, dan kemiskinan. Terdapat kebimbangan bahawa kenaikan permukaan laut akan meningkatkan kadar penyakit. Kolera dapat didiagnosis dengan ujian tinja.[2] Ujian batang celup cepat tersedia tetapi tidak tepat.[10]

Kaedah pencegahan terhadap kolera termasuk sanitasi yang lebih baik dan akses ke air bersih.[5] Vaksin kolera yang diberikan melalui mulut memberikan perlindungan yang wajar selama kira-kira enam bulan.[2] Ia mempunyai manfaat tambahan untuk melindungi daripada jenis cirit-birit lain yang disebabkan oleh E. coli. Rawatan utama adalah terapi rehidrasi oral - penggantian bendalir dengan larutan yang sedikit manis dan masin. Larutan berasaskan beras lebih diutamakan. Makanan tambahan zink berguna pada kanak-kanak.[6] Dalam kes yang teruk, bendalir intravena, seperti laktat Ringer, mungkin diperlukan, dan antibiotik mungkin bermanfaat. Ujian untuk mengetahui antibiotik yang rentan kolera akan membantu dalam menentukan pilihan penyelesaian.[3]

Kolera dianggarkan mempengaruhi 3-5 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan 28,800-130,000 kematian setahun.[2][7] Walaupun diklasifikasikan sebagai wabak sejak 2010, ia jarang berlaku di negara berpendapatan tinggi. Kanak-kanak kebanyakannya terjejas.[11] Kolera berlaku sebagai wabak dan kronik di kawasan tertentu. Kawasan dengan risiko penyakit yang berterusan termasuk Afrika dan Asia Tenggara. Risiko kematian dalam kalangan mereka yang terkena biasanya kurang dari 5% tetapi mungkin setinggi 50%. Tiada akses ke rawatan menyebabkan kadar kematian lebih tinggi. Huraian kolera dijumpai pada awal abad ke-5 SM dalam bahasa Sanskrit.[5] Kajian kolera di England oleh John Snow antara tahun 1849 dan 1854 mendorong kemajuan yang signifikan dalam bidang epidemiologi.[12] Tujuh wabak besar berlaku dalam 200 tahun terakhir dengan berjuta-juta kematian.[13]

Ringkasan video rencana ini dalam VideoWiki (skrip)
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama textbook
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m "Cholera vaccines: WHO position paper" (PDF). Weekly Epidemiological Record. 85 (13): 117–28. March 2010. PMID 20349546. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada April 13, 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WHO2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e "Cholera – Vibrio cholerae infection Information for Public Health & Medical Professionals". Centers for Disease Control and Prevention. January 6, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  4. ^ a b Finkelstein, Richard (1996). "Cholera, Vibrio cholerae O1 and O139, and Other Pathogenic Vibrios". Medical microbiology. University of Texas Medical Branch at Galveston. ISBN 9780963117212. PMID 21413330. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2017. Dicapai pada 14 August 2016.
  5. ^ a b c d "Cholera". Lancet. 379 (9835): 2466–2476. June 2012. doi:10.1016/s0140-6736(12)60436-x. PMC 3761070. PMID 22748592.
  6. ^ a b "Cholera – Vibrio cholerae infection Treatment". Centers for Disease Control and Prevention. November 7, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  7. ^ a b Wang, Haidong; Naghavi, Mohsen; Allen, Christine; Barber, Ryan M.; Bhutta, Zulfiqar A.; Carter, Austin; Casey, Daniel C.; Charlson, Fiona J.; Chen, Alan Zian (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  8. ^ Bailey, Diane (2011). Cholera (ed. 1st). New York: Rosen Pub. m/s. 7. ISBN 978-1-4358-9437-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-03.
  9. ^ "Sources of Infection & Risk Factors". Centers for Disease Control and Prevention. November 7, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  10. ^ "Diagnosis and Detection". Centers for Disease Control and Prevention. February 10, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  11. ^ "Cholera – Vibrio cholerae infection". Centers for Disease Control and Prevention. October 27, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  12. ^ Timmreck, Thomas C. (2002). An introduction to epidemiology (ed. 3.). Sudbury, MA: Jones and Bartlett Publishers. m/s. 77. ISBN 978-0-7637-0060-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-03.
  13. ^ "Cholera's seven pandemics". CBC. 9 May 2008. Dicapai pada 15 July 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne