Teh halia

Teh halia adalah sejenis minuman herba yang diperbuat daripada rimpang halia (Zingiber officinale). Minuman ini mempunyai sejarah yang panjang sebagai minuman ubatan di Asia, khususnya di rantau Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Barat.[1] Minuman ini dikenali dengan pelbagai nama, misalnya teh jahe atau wedang jahe (Jawa: ꦮꦺꦢꦁꦗꦲꦺ) di Indonesia, jiāngmǔ chá (薑母茶) di China dan Taiwan, saenggang-cha (Hangul: 생강차; Hanja: 生薑茶) di Korea, shōga-yu (Kanji: 生姜湯; Kana: しょうがゆ) di Jepun, salabat di Filipina, dan adrak ki chai (Devanagari: अदरक की चाय; Khat Nasta'liq: ادرک کی چائے ) dan ada cha (Bengali: আদা চা) di subbenua India.

Teh halia
  1. ^ "Ginger (Overview)" (dalam bahasa Inggeris). University of Maryland Medical Center. 22 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2016. Dicapai pada 21 Mac 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne