Sebahagian daripada siri Politik |
Bentuk asas pemerintahan |
---|
Teknokrasi ialah suatu sistem pemerintahan yang dibayangkan di mana pakar yang membuat keputusan dalam pemerintahan berdasarkan kemahiran mereka dalam bidang yang dipertanggungjawabkan terutamanya pengetahuan sains, jauh dibandingkan dengan wakil yang dilantik bagi melakukan keputusan tersebut,[1] meskipun ia tidak semestinya bermaksud penyingkiran wakil dilantik yang sedia ada. Kebolehan memimpin lebih dipilih berdasarkan pengetahun dan prestasi yang dikhususkan daripada kesetiaan terhadap suatu partai politik mahupun kecekapan bekerja dalam parlimen.[2]