Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | Dikorporatkan pada 1984 |
Ibu pejabat | Menara Telekom, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Perkhidmatan Telekomunikasi |
Hasil | ▲ RM 12.087 bilion (2017)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ RM1.101 bilion (2017)[2] |
Bilangan kakitangan | 26,407 (2017)[3] |
Syarikat induk | Vodafone |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Telekom Malaysia Berhad (TM, MYX: 4863) merupakan syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.
TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli[perlu rujukan] kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini[perlu rujukan].