![]() | |
![]() CCTVs nasjonale hovedkvarter i Beijing | |
Jenis/bentuk sah | Rangkaian televisyen, Televisyen satelit dan kabel |
---|---|
Industri | Penyiaran televisyen |
Ditubuhkan | 2 September 1958 |
Ibu pejabat | ![]() |
Keluaran | Televisyen ![]() |
Syarikat induk | News Corporation |
Tapak web | www.cctv.com![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
![]() |
---|
Portal China |
Televisyen Pusat China (Cina Ringkas: 中国中央电视台; pinyin: Zhōngguó Zhōngyāng Diànshìtái, bahasa Inggeris: China Central Television; singkatan: CCTV) merupakan penyiar televisyen utama di Tanah Besar China. Dari sudut pertubuhan, CCTV merupakan kementerian kecil kerajaan pusat Republik Rakyat China dalam Pentadbiran Radio, Filem, dan Televisyen Negara. Oleh sebab kawalan pemerintah PRC, maka rangkaian ini tiada kebebasan editorial.
Laporan beritanya menurut garis panduan yang diarahkan Jabatan Propaganda Parti Komunis China. Namun begitu, kebanyakan rancangannya merupakan beraneka rancangan komedi dan drama. Seperti mana kebanyakan penyedia media di China, CCTV banyak dikurangkan subsidi negara pada 1990-an, maka adalah perlu baginya mengimbangkan peranannya sebagai agensi pemerintah dengan perlunya menarik penonton agar dapat menjual ruang iklan komersial.