Tarikh | 14 Jun 2014 |
---|---|
Ringkasan | Tembak jatuh |
Tapak kejadian | Berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Luhansk, Luhansk, Ukraine 48°23′40″N 39°27′44″E / 48.3945616°N 39.462204°EKoordinat: 48°23′40″N 39°27′44″E / 48.3945616°N 39.462204°E |
Pesawat | |
Jenis pesawat | Ilyushin Il-76MD |
Pengendali | Tentera Udara Ukraine |
Kod pendaftaran | 76777[1] |
Asal penerbangan | ? |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Luhansk |
Penumpang | 40 |
Anak kapal | 9 |
Kematian | 49 (semua) |
Pada 14 Jun 2014, sebuah Ilyushin Il-76MD milik Tentera Udara Ukraine ditembak jatuh oleh pasukan Republik Rakyat Lugansk semasa suatu operasi "anti-keganasan" Ukraine terhadap Republik Rakyat Lugansk dan Republik Rakyat Donetsk, di oblast timurnya Luhansk dan Donetsk. Pesawat tersebut sedang menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Luhansk untuk mendarat, dan membawa askar dan peralatan dari lokasi yang tidak didedahkan. Kesemua 49 orang di dalam pesawat itu terbunuh.[2]
Kejadian ini ialah kehilangan terburuk yang dialami tentera Ukraine dalam satu peristiwa sejak konflik pro-Rusia bermula pada Februari 2014.[2] Ia juga merupakan kejadian keempat paling dahsyat melibatkan pesawat Il-76 dan kesepuluh terdahsyat melibatkan mana-mana pesawat di Ukraine.[1]