Tembok Api Besar China (Cina ringkas: 防火长城 ; Cina tradisional: 防火長城 ; pinyin: Fánghuǒ Chángchéng) ialah suatu sistem gabungan undang-undang dan teknologi yang dikuatkuasakan di Republik Rakyat China bertujuan mengawal kemasukan maklumat Internet dalam negara tersebut seperti mana peranan Tembok Besar China pada ketika dahulu - melalui pengharaman dan pengehadan fungsi laman web tertentu[1] agar mengikut undang-undang yang ditetapkan pemerintah China.[2][3] Penapisan ini turut mengesan terhadap pengembangan ekonomi internet dalam negeri China dengan menunjang syarikat-syarikat domestik [4] serta mengurangi keefektifan produk-produk dibawa syarikat-syarikat internet luar negara.[5]
Konsep ini pertama kali dicanangkan oleh Geremie Barmé, seorang pakar budaya Cina dan pemikir dari Australia pada tahun 1997.[6][7]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama WaPo2017