Tembok Atlantik

Tembok Atlantik
Sebahagian daripada Reich Ketiga
Pantai barat Benua Eropah dan Scandinavia
Tembok Atlantik ditunjuk dalam warna kuning
JenisKubu pertahanan
Maklumat tapak
Dikawal oleh Jerman Nazi
Dibuka kepada
orang awam
Ya
StatusSeparuh musnah; kebanyakan masih elok
Sejarah tapak
Dibina1942–44
Dibina olehBuruh paksa
Diguna sejak1942–45
Bahan
  • Konkrit
  • Kayu
  • Besi
PerangPerang Dunia II
PeristiwaD-Day
Serangan St Nazaire
Serangan Dieppe
Maklumat garison
Komander
terdahulu
Erwin Rommel (1943–44)
PenghuniWehrmacht

Tembok Atlantik (Jerman: Atlantikwall) ialah sebuah sistem pertahanan dan perkubuan pantai yang luas, dimajukan oleh Jerman Nazi di antara tahun 1942 dan 1944 di sepanjang pantai benua Eropah dan Scandinavia sebagai benteng pertahanan terhadap pencerobohan Bersekutu yang dijangkakan keatas Eropah taklukan Jerman yang datang dari Great Britain semasa Perang Dunia II.

Hitler mengarahkan pembinaan kubu tersebut pada tahun 1942. Hampir satu juta buruh Perancis telah dikerah untuk membinanya. Tembok tersebut sering disebut dalam propaganda Nazi, di mana saiz dan kekuatannya telah diperbesarkan. Kubu termasuk meriam pantai yang amat besar, bateri, mortar dan artileri, dan beribu-ribu tentera Jerman ditempatkan untuk mempertahankannya.[a] Apabila pihak Bersekutu akhirnya menyerang pantai Normandy pada tahun 1944, sebahagian besar benteng pertahanan telah digempur dalam masa beberapa jam. Hari ini, runtuhan tembok wujud dalam semua negara yang terdapat tembok tersebut, walaupun banyak struktur telah jatuh ke dalam laut atau telah dirobohkan selama ini.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne