Tembok Dubrovnik Dubrovačke zidine | |
---|---|
Dubrovnik ![]() Croatia | |
Tembok Dubrovnik dan Menara Minčeta | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Croatia" tidak wujud. | |
Koordinat | 42°38′24″N 18°06′29″E / 42.640°N 18.108°E |
Jenis | Tembok |
Tinggi | Sehingga 25 m (80 kaki) |
Maklumat tapak | |
Pemilik | Kota Dubrovnik, Croatia |
Dikawal oleh | Republik Ragusa (Dubrovnik) |
Dibuka kepada orang awam | Setiap hari 9 pagi–5 petang (May-pertengahan Oktober sehingga 7 petang) |
Status | Dijaga dengan baik atau masih elok |
Sejarah tapak | |
Dibina | Kurun ke-7 ke– Defined in the 14th century |
Dibina oleh | Penduduk Dubrovnik Arkitek yang terlibat:
|
Bahan | Batu kapur |
Peristiwa | Peristiwa bukan pertempuran yang penting:
|
Tembok Dubrovnik (Croatia: Dubrovačke gradske zidine ) merujuk pada satu siri tembok batu pertahanan yang mengelilingi dan melindungi penduduk negara kota maritim Dubrovnik (Ragusa), yang terletak di selatan Croatia. Sebelum republik ini diasaskan pada kurun ke-7, kota ini dikenali sebagai sebuah castrum Byzantium yang terletak di atas sebuah pulau berbatu bernama Laus (Ragusia atau Lave).[Note 1][1] Setelah beberapa penambahan dan pengubahsuaian di sepanjang sejarahnya, tembok ini dianggap sebagai di antara sistem pertahanan hebat dari Zaman Pertengahan, apabila kota ini tidak pernah bejaya ditawan oleh tentera penceroboh.[2]Pada tahun 1979, bandar lama Dubrovnik, yang merangkumi sebahagian besar dari dinding lama Dubrovnik, menyertai senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[3][4]
Sistem perkubuan tertua mengelilingi bandar kemungkinannya ranjau kayu.[5] Masa kini, tembok bandar yang utuh dibina kebanyakannya sekitar kurun ke-12–17,[6] kebanyakannya dua lapis, telah lama menjadi kebanggaan bagi Dubrovnik.[3] Tembok tersebut tersergam tanpa putus sekitar panjang 1,940 meter (6,360 ka), mengelilingi kebanyakan bandar lama, dan mencapai tahap tertinggi sekitar 25 meter (82 ka).[3] Sebahagian besar tembok dan perkubuan sedia ada telah dibina semasa kurun ke-14 dan 15, tetapi telah disambung dan diperkukuhkan sehingga kurun ke 17.[5]
Struktur kompleks ini, di antara yang terbesar dan paling lengkap di Eropah, melindungi kebebasan dan keselamatan sebuah republik "bertamadun" dan "canggih" yang berkembang dengan damai dan kemakmuran selama lima abad.[Note 2][7] Tembok ini diperkukuh oleh tiga menara bulat dan 14 menara segi empat, lima benteng (bulwark), dua benteng sudut dan Kubu St. John yang besar. Tembok Arah Daratan juga diperkukuh oleh satu benteng yang lebih besar dan sembilan bulah separuh bulatan yang lebih kecil, seperti pelindung meriam Kubu Bokar, kubu tertua yang masih kekal di Eropah.[8] Satu perparitan yang melingkari bahagian luar tembok kota yang bersenjata dengan lebih daripada 120 meriam, menjadikan pertahanan bandar yang hebat.[9]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/>
yang berpadanan disertakan
|title=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)